ENJOY FREE SHIPPING RM100 & ABOVE *T&C APPLY

0

Your Cart is Empty

Mumdream

Mumdream Set Pengurusan Uri

6 items left
  • Set pengurusan uri by Mumdream 

    Include:

    1. Glove

    2. Tamarind & Salt for cleaning

    3. White cloth

    4. Clay pot 


    Ia mengandungi asam jawa, garam, kain putih, sarung tangan dan periuk tanah.

    1. Sarung tangan disediakan (bagi yang tidak biasa mencuci uri)

    2. Asam jawa dan garam untuk membuang lendir dan darah semasa mencuci uri

    3. Kain putih digunakan untuk membalut uri

    4. Periuk tanah digunakan untuk meletakkan uri di dalamnya dam memudahkan uri ditanam

     

    Set Pengurusan Uri

    Cara menguruskan uri

    1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

    2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

    3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

    4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

    5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

    6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

    7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

    8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

    9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

    10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

    11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

    12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

    13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).

    Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

  • No size guide

Subscribe