Beli Breast Pump? Saya Perlukan Jaminan

November 22, 2018 4 min read

Beli Breast Pump? Saya Perlukan Jaminan

Beli Breast Pump? Saya Perlukan Jaminan

#kakaksantek kembali lagi yeay! 

Sebenarnya tergerak hati nak kongsikan info berkenaan ‘Breast Pump Service’ dan Fabulous Mom Service Centre bila rakan bertanya perbezaan membeli breast pump di Fabulous Mom dengan di kedai yang lain atau melalui online seller terutamanya yang dijual melalui marketplace.

Kita selalunya seronok ‘research dan browsing’ jenama breastpump, features yang berbeza, harga (nak cari yang murah saja) dan paling penting FREE gifts yang datang dengan pembelian tetapi info penting seperti Service Warranty, Spare Parts dan juga Service Centre kadang-kadang di ambil mudah.

Untuk barangan berharga RM200 ke atas pasti kita inginkan jaminan bukan? Jangan tanya jaminan dapat keluarkan susu atau tidak ya, jika kita memilih produk berkualiti insyaAllah semuanya mudah dan tentang harga jangan bimbang sebab kita dah boleh claim tax, haha…

Jaminan service warranty untuk breast pump sangat simple. Average yang #kakaksantek jumpa sepanjang 10 tahun ini adalah:

  • 1 tahun service warranty : Brand Medela, Spectra, Cimilre, Ameda dan lain2
  • 2 tahun service warranty : Lacte

Jadi, selain service warranty apa lagi yang patut di ambil kira? Iya, jangan lupa bertanya ‘Di mana Service Centre?’ ‘ Bagaimana procedure sekiranya ada apa-apa yang berlaku?’

 

Mari #kakaksantek sharekan apa yang di offer oleh Fabulous Mom

  1. Service Warranty untuk breast pump terpilih sehingga tahun ke-3
  2. Own Service Centre – Fabulous Mom Service Centre
  3. Mudah untuk mendapatkan Spare Parts & perkongsian Info

 

Apa yang di maksudkan dengan ‘Service Warranty sehingga Tahun ke-3?’ Nak guna sampai 3 tahun ke?

‘Dik, #kakaksantek menyusu seorang anak pun dah 4-5 tahun tempoh penyusuan haha’

Yes. Service Warranty selama 3 tahun dari tarikh pembelian bermaksud sebagai contoh : Breast Pump Spectra. Pada tahun pertama warranty boleh claim daripada supplier Spectra, boleh hantar kan terus ke Spectra Service Centre (info di dalam warranty card) dan untuk tahun ke 2 dan tahun ke 3, boleh hantarkan ke Fabulous Mom Service Centre untuk normal service (resit akan di stamp dengan extended warranty, jadi simpan resit ya) Bayaran? PERCUMA sahaja tiada perlu apa-apa bayaran, kecuali untuk penukaran spare parts.

Tips:

  1. Sebelum hantar breast pump, pastikan spare parts dalam keadaan baik sebab selalunya hanya perlu menukar parts sahaja.
  2. Jika breast pump dalam keadaan baik, rajin-rajin lah hantar service selang 6 bulan atau setahun. Percuma saja kan (nanti kita buat post penjimatan pula ye haha)
  3. Mana-mana product dengan service warranty mesti lah tidak termasuk penukaran spare parts atau major service (macam hantar service kereta juga) jadi boleh telefon dulu untuk dapatkan info tentang service yang perlu dibuat

 

Fabulous Mom Service Centre, ada bezakah dengan brand centre? Apa service yang ditawarkan? Mahal tak? (banyak tanya kan? Haha)

Mudah. Jiwa tenang. Haha; atas sebab-sebab yang berikut:

  1. Menerima semua jenis breast pump untuk di service. Semuanya. Walaupun breast pump tersebut tidak di beli di Fabulous Mom sendiri (menarik kan)
  2. Mahal? FREE saja sekiranya ada warranty dan jika tiada (sudah expired atau beli tempat lain) Diagnosis Fee hanya RM15, Normal Service Fee hanya RM35. Murah kan?
  3. Lama tak? Berikan masa 2 hingga 3 hari bekerja kerana, jangan bimbang team akan update sebarang info
  4. Macam mana nak hantar pump? Jangan bimbang, boleh hantar ke outlet Fabulous Mom yang berdekataan. Bayaran deposit diperlukan untuk yang tiada warranty
  5. Jika nak post, boleh ke? Eh boleh la, apa yang tak boleh, kita buat dia bukan dia buat kita J , Post kan ke alamat Online Team di bawah. Jangan lupa sertakan contact details, nanti Team akan hubungi untuk further arrangement

Notes: dengan adanya Service Centra memang memudahkan pada kita sebagai customer dan yes, jiwa tenang, tidak perlu susah hati sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi boleh sentiasa service walaupon kita sudah tidak menggunakan breast pump tersebut (biasa la kita nak simpan untuk anak kedua dan seterusnya kanJ)

 

Spare Part untuk breast pump & Personal Guide

Ya, mudah nak dapat spare parts tetapi tanpa guide yang betul struggle juga nanti haha. Spare parts breast pump ada dijual disemua outlet Fabulous Mom dan juga menerima special order (paid order) untuk parts (bergantung dengan stok pada supplier).

Personal guide tu macam mana?Macam #kakaksantek la masa beli pump staff dah ajar pon balik rumah struggle haha. Jadi team dari service centre boleh membantu share info dan tips cara-cara menjaga breast pump

 

Tuit, apa jenis Service yang ditawarkan lagi?

Eh macam-macam, tetapi yang penting seperti dibawah :

  • Breast pump general cleaning
  • Servicing breast pump suction
  • Trouble shooting of breast pump
  • Replacement of spare part
  • Major repair / service such as faulty motor and others

 

Nak hantar breast pump untuk servis dimana ya?  Senang aje, boleh dihantar ke outlet Fabulous Mom yang berdekatan anda seperti link berikut:

https://fabulousmom.com/pages/retail-outlets

Atau boleh dihantar secara post ke alamat berikut:

Fabulous Mom –Breast Pump Service
12, Jalan TK2/1C,
Taman Kinrara Seksyen 2,
47100 Puchong, Selangor
Tel: 03 8076 5262 / Whatsapp 017 222 8121

email: enquiry@fabulousmom.com

 

Jadi, persoalan tadi dah terjawab belum? Nak beli breast pump di mana? 

Mesti la nak beli di tempat yang berikan jaminan tanpa was-was kan, dan mestilah Fabulous Mom jawapannya.

 

Love,

#kakaksantek, mom of 2

Have Fun + Be Proud. Breastfeeding Rock!

P/S: Puan Ely Suhaili, also known as #kakaksantek is the Head of Sales & Marketing of Fabulous Mom

 

 

 

 

 


Leave a comment

Subscribe