Saya Bekerja. Breastpump Tu OK Tak?

October 22, 2018 4 min read 1 Comment

Saya Bekerja.  Breastpump Tu OK Tak?

Saya Bekerja. Breastpump Tu OK Tak?

Assalamualaikum. Minggu ini #kakaksantek ingin kongsikan tips Bagaimana Memilih Breast Pump Untuk Ibu Yang Bekerja. Bila dapat saja topik ini, teringat soalan yang sering diajukan kepada #kakaksantek .

'Kenapa awak ada banyak breast pump ya? Kenapa suka tukar-tukar breast pump?’

Haha, bukan soalan macam mana nak pam susu atau tips penyusuan yang ditanya, soalan lain pula yang dapat. Sebenarnya, bukan jumlah breast pump yang penting tetapi ialah memilih breast pump yang tepat. Lebih-lebih lagi banyak breast pump di pasaran dengan feature dan harga yang berbeza.

Jika ditanya soalan bagaimana untuk memiliih breast pump 10 tahun yang lepas, jawapannya mudah saja. ‘Tidak Tahu’ haha tetapi sekarang jangan pening-pening lagi, #kakaksantek nak kongsikan tips apa yang perlu diambilkira sebelum memilih breast pump.

 

Jenis Pekerjaan / Tempat Kerja Saya

  1. Saya kerja di pejabat
    • Ada kemudahan untuk pam seperti bilik / tempat tersorok/ surau
    • Ada electrical point (mungkin tiada atau ada tapi jauh)
    • Ada tempat menyimpan susu
    • Ada sokongan dari majikan dan rakan sekerja (atau tiada, mereka suka pandang-pandang, saya tak selesa)
  2. Saya kerja di luar atau selalu outstation
    • Ada masuk pejabat sekali sekala
    • Saya selalu di site atau masa banyak terluang di kesesakan lalulintas
  3. Jarak tempat kerja saya (dari rumah / dari rumah pengasuh)
    • Saya menggunakan kereta (memandu / Cik Abang jadi driver / kadang-kadang saya Grab)
    • Saya rider (helmet ada sticker unicorn tau)
    • Office belakang rumah (#kakaksantek ni LOL)

 

Budget Saya (untuk dibentangkan kepada Cik Abang, jangan bimbang boleh claim tax)

  1. Bawah 200
  2. Bawah 500
  3. Bawah 1000
  4. Cik Abang kata boleh minta apa saja budget (Terima kasih Cik Abang)

OK, kenapa #kakaksantek letak budget selepas kita nilaikan persekitaran dan cara kita bekerja. Sebab sekiranya kita membeli pam atas dasar nak lebih jimat tidak semestinya pam itu sesuai dengan cara kita bekerja ya. 

Setelah kenal pasti senarai di atas, baru la boleh cuci mata dengan breast pump yang ada di pasaran. 

 

Apa yang diperlukan dari breastpump? Berdasarkan senarai saya tadi?

Banyak brand breast pump dengan feature yang sangat bagus antaranya Lacte, Cimilre, Spectra & Medela

Saya Ibu A: Highly Recommend - Double Electric Breast Pump

Saya Ibu B:Ibu on the go – go for compact size Rechargeable Electric Breast Pump yeay! (eh speaking pula hehe)

Kenapa ada C? C untuk kedua2 Ibu tadi sebab #kakaksantek ada extra tips.

 

Double Electric Breast Pump? APA tu?

  • Heavy duty: pam yang berkualiti, efisyen, feature yang hebat dan mudah diuruskan. Sekurang-kurangkan 2-3 kali sesi pam susu, kalau pam tak heavy duty nanti mendatangkan masalah cepat rosak pula.
  • Jimat masa: dapat pam serentak dan cepat. Ya, walaupun ada kemudahan bilik pam susu, jangan ambil kesempatan dan buang masa. Di office tu banyak group suka ‘membawang’ haha. Double pump membantu mendapatkan susu secara serentak, cadangan pump 15-20min sudah mencukupi.
  • Pilihan size dan tiada gangguan bunyi: penting juga ni, walau ada group sokongan tapi kita tidak mahu lah mata-mata memandang atau telinga mendengar bila dengar sesi pam sedang dijalankan.
  • Electric: jangan risau untuk pam jenis rechargeable atau tidak, jika tiada power point, boleh guna rechargeable breast pump. Sekiranya pam tidak rechargeable pun tidak mengapa, boleh guna power bank, contoh pam yang boleh guna power bank ialah Lacte Duet.

*Budget range harga pam yang berkualiti ini bermula RM400 untuk jenama Lacte, Cimilre, Spectra & Medela

 

Compact Size Rechargeable Electric Breast Pump? Mohon jelaskan?

  • Heavy Duty: pam yang berkualiti, efisyen, feature yang hebat dan mudah diuruskan. Iya sama, ,mestilah nak yang heavy duty dimana saja saya berada untuk mendapatkan sesi pam yang optimum.
  • Compact Size Single/Double: tidak dinafikan ada yang suka pakai single sahaja, boleh tiada masalah tetapi sekarang banyak double breast pump yang bersize kecil tetapi tetap heavy duty.
  • Jimat masa: sangat penting kerana kita tidak tahu kita dapat pam di dalam bilik atau dalam kereta terutama yang selalu pergi site tu. 
  • Pilihan size: sangat penting memandangkan ibu perlu membawa ‘complete set’ termasuk cooler bag, bekas simpan susu dan ice pack ke mana-mana sepanjang bekerja di luar.
  • Rechargeable: betul, ibu boleh pakai powerbank sekiranya bukan rechargeable tetapi Ibu, pilihan rechargeable adalah terbaik.

*Budget range harga pam yang compact ini bermula RM200 untuk jenama Lacte, Cimilre, Spectra & Medela

 

Penting ke Faktor C tu #kakaksantek?

Bagi saya, selama 10 tahun pengalaman menyusukan 2 orang anak ‘fully breastfeed, extended breastfeeding & juga bekerja sepanjang tahun penyusuan’ faktor keselesaan tempat kerja dan sokongan emosi sama penting, dengan proper planning & budget.

  1. Saya invest untuk heavy duty double breast pump (tidak mementingkan size serta bunyi – awesome employer & colleague) dan saya simpan satu set breast pump di pejabat. Hanya guna di pejabat sahaja. 
  2. Pada tahun pertama menjadi ibu, ulang alik ke tempat kerja dihantar, saya membeli satu lagi breast pump ‘manual’ (tiada disebutkan di atas) kerana kesesakan trafik yang mengambil masa sehingga sejam (walau rumah dekat), jadi kesempatan dapat lagi satu sesi pam.
  3. Start mengambil kerja projek dan selalu keluar untuk event, saya invest breast pump yang lebih ringan dan compact, rechargeable atau tidak bukan masalah utama, yang penting mudah semasa on-the-go.
  4. Tiada pengalaman sebagai rider atau pembonceng tetapi jarak rumah yang dekat dengan office menjadikan saya pemandu grab untuk mengambil anak pertama yang sudah masuk tadika pada waktu tengahari. Jadi masa yang ‘telah di ambil’ untuk sesi pam menjadikan pilihan pam sangat penting supaya saya masih dapat mengumpul bekalan susu yang secukupnya.

Jadi, apa jawapan kepada soalan yang selalu ditujukan dulu? #kakaksantek akan jawab dengan soalan kembali

 

‘Kenapa awak suka tukar atau upgrade breast pump?’ Haha, jangan risau Mommy, tidak perlu penat-penat explain kepada orang luar, yang penting niat dan istiqomah kita dalam menyusukan anak. Tapi kalau Cik Abang tanya, sila bentangkan #faktapenyusuan ya, haha.

 

Jadi Mommy, semoga tips kali ini dapat membantu ya. Setelah buat senarai bolehlah check it out sini untuk Breast Pump https://fabulousmom.com/collections/breastpump pilihan pam yang hebat serta paling penting ada extended warranty. Ya betul, Fabulous Mom menawarkan 3 tahun service warranty untuk breast pump yang dibeli daripada kami secara online, di kedai kami atau booth kami semasa baby expo. Juga disertai hadiah percuma yang amat menarik dan berbaloi. Fabulous Mom juga menerima trade in untuk breast pump Mommy yang lama atau rosak.

#kakaksantek juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team pengurusan Fabulous Mom yang sudi menjemput #kakaksantek untuk mengomel diruangan blog kali ini. Semoga dijemput lagi ke sesi #kakaksanteknakbagitips. LOL

 

#kakaksantek, mom of 2

Have Fun + Be Proud. Breastfeeding Rock!

P/S: Puan Ely Suhaili, also known as #kakaksantek is the Head of Sales & Marketing of Fabulous Mom

 

 


1 Response

Nazahiyah Abdullah
Nazahiyah Abdullah

September 04, 2019

Kalo nk join trade in. Tp ad motor bateri and tiub shj bole ka?

Leave a comment

Subscribe